twitter
rss

HIPONATREMIA

>Paras sereum natrium kurang dari 135 mmol/L
>Etiologi :
   a. Pengambilan makanan mengandungi garam terhad
   b. Kekurangan Natrium berlebih:
        -diaphoresis
        -muntah,cirit birit
        -gangguan sekresi hormon aldosteron
            *aldosteron diperlukan untuk penyerapan semula Na+ di ginjal
>Manifestasi klinikal :
  1. Gangguan fungsi gastrousus
        -anoreksia
        -nausea dan muntah
        -abdominal cramping
        -diare(pengerakan peristalsis bertambah)

 2. Gangguan pada otak dan sistem saraf kerana peningkatan IC dan kandungan air di sel otak meningkat
        -pening kepala - irritability - coma
        -keliru              -tremors

 3. Sistem Urinary
       -output kurang
       -spesifik gravity kurang
       -sodium kurang ( 135 mmol/L )
       -osmolality kurang

4. Sistem cardiovascular
       -nadi cepat
       -lemah
       -irregular
       -hppotensi

> Ujian diagnostik :

1.Serum Sodium Osmoality
       -Serum sodium < 135 mmol/L
       -Serum osmoality < 280 m Osm/Kg

2. 24 hours urine specimen
       -Paras sodium dalam urine


> Diagnosis Kejururawatan

1. kurang pengetahuan berkaitan dengan permakanan
2. Gangguan nutrisi : kurang dari keperluan badan berkaitan proses penyakit / kurang pengambilan sodium
3. Dehidrasi berkaitan dengan kehilangan cecair dan sodium
4. Risiko kecederaan berkaitan dengan keliru
       
< Pengurusan kejururawatan

-Pemberian sodium :
    *oral : makanan (magerine,oyster sauce)
    *intravena : infusi isotonik (NaCI 0.9%)


  = penambahan sodium ekstrasel dengan cepat boleh meransang pergerakan air yang berlebihan dari dalam sel ke luar kompartmen interstisial.




- Pemerhatian
     *tanda vital
     *tanda hypervolemia
     *monitor serum Na+ dan chloride
- Rehat untuk elek keletihan
- Nilai intergriti kulit } dehidrasi




HIPERNATREMIA

> Natrium/sodium berlebihan dalam cecair ekstrasel ( lebih dari 145 mmol / L )
> Pengambilan cecair yang berkurangan
    * eg : puasa berkepanjangan, gangguan dalam mekanisme kehausan


>Manifestasi klinikal
    *membrane mukosa kering dan lidah kering, kasar
    *dahaga
    *urin pekat
    *urin berwarna pekat
    *fatigue
    *lethargy


>Diagnosa kejururawatan
   *Ketidak seimbangan elektrolit : hipernatremia kerana pengambilan berlebih


> Pengurusan kejururawatan
    * Ases keadaan klien : mukosa kering, dahaga, letih
    *Bantu pesakit minum air sekurang - kurangnya 2 - 3 liter / hari


Done By : Wan Jofarnorsheila Megat Johari ( 001461 )









KETIDAKSEIMBANGAN CECAIR DAN ELEKTROLITK

Ketidakseimbangan cecair 
A.Edema
B.Dehidrasi

A.Edema
DEFINISI
  • pengumplan cecair abnormal di ruang interstitial atau di dalam kavtit badan.
  • dikenali juga sebagai fluid volume excess .
JENIS EDEMA

A. Local/tempatan
myxedema
  • periorbital edema/eye puffiness
  • pulmonary edema
  • serebral edema
  • myxedema
  • lymphedema
  • ascites


periorbital edema
lymphedema



B.Generalized (keseluruhan badan)

  • Dependent Edema ---> terdapat di anggota badan yang paling rendah disebabkan tarikan graviti.
Pitting Edema
  • Pitting Edema --->berlekuk apabila ditekan.
  • Non pitting edema ---> eg. lymphedema









ETIOLOGI
a. ketelapan (permeability)membran kapilari bertambah, akibat :
  • kecederaan
  • kebakaran 
  • inflamasi
  • jangkitan
  • alahan
b .tekanan hidrostatik meningkat ---> tinggi pergerakan cecair intravaskular (kapilari ke dalam ruang interstitial)
c. sekatan di sistem limfatik : kanser
d. sekatan pada vena
e. kekurangan protein ---> tekanan koloid dalam darah  rendah

TANDA DAN GEJALA
  • berat badan meningkat cepat
  • pengeluaran urin turun
  • vena di leher (jugular vein) menjadi bengkak
  • lemah, tindak balas lambat atau tiada respon
  • aneroksia (kurang selera makan)
  • takhikardia
  • takipnea
  • dispnea
  • orthopnea
- Pesakit yang berisiko edema
  • penyakit renal
  • penyakit jantung
  • kebuluran
  • pesakit dengan terapi IV terkawal 
  • pesakit tua
- Pengenalan diagnostik :
  • BUSE (Blood Urea Serum Elektrolit)
  • Heamodilution : pencairan darah
RAWATAN
  •   Ubatan
- Diuretics eg. Furosemide
- ACE inhibitors eg. Captopril, Enalapril
- Angiotensin  receptor blocker eg.Losarton
  • Heamodialysis (pada penyakit kegagalan ginjal)
DIAGNOSA DAN INTERVENSI  KEJURURAWATAN

  1. Potensi isipadu ceceair badan lebih keperluan badan dari keperluan badan
Tindakan :
  • cegah dan kenalpasti pesakit yang berisiko
  • kawal kadar infusi intravenasepeti arahan 
  • hadkan cecair bagi pesakit yang berisiko 
  • rekod I/O dengan tepat
  • beri makanan rendah sodium
  • gunakan larutan 0.9% saline untuk infusi intravena
  • ases kefahaman pesakit tentang diet yang dihadkan dan rutin ubat-ubatan
  • berikan nasihat kesihatan tentang tanda gejala isipadu cecair yang berlebih
  • monitor berat badan pesakit dan timbang berat badan setiap hari
      2. Risiko/potensi kudis tekanan

Tindakan:
  • tukar baringan pesakit kerap kali
  • periksa bahagian-bahagian yang berisiko
  • ampu bahagian sendi dan tulang yang prominen dengan belon air
  • elak geseran apabila mengangkat atau memusingkan pesakit
  • lakukan rawatan massage dengan lotion
 
 B. Dehidrasi
DEFINISI
  • dikenali sebagai Fluid Volume Deficit/Negative Fluid Balance 
  • imbangan cecair yang negatif --->kehilangan cecair yang berlebihan
  • kekurangan jumlah isipadu cecair badan yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi nornal
 ETIOLOGI
  1. kehilangan cecair yang jelas (muntah, diarhea, kebakaran)
  2. ubat-ubatan : diuretic, laxative
  3. kekurangan pengambilan makan atau minum kerana tidak upaya ,sakit tekak, sakit tekak, ketumbuhan mulut, malnutrition, kurang pngetahuan jumlah isipadu cecair yang diperlukan 
  4. kegagalan mekanisme kawalan air
  5. keperluan yang berlebihan
  6. terdedah lama pada udara kering





    HOMEOSTASIS                                                                                

    Keadaan equilibrium environment dalaman badan yang dikekalkan secara semulajadi oleh respon penyesuaian untuk terus hidup dengan sihat.

    CECAIR DALAM BADAN
    • Sebahagian tubuh manusia terdiri daripada cecair.            
    • kandungan cecair : 45 % hingga 80% berat badan.
    • jumlah air dalam badan bergantung kepada :
                     1. Umur :
                                  - dewasa           : 60%         
                                  - dewasa tua     : 45% - 55%
                                  - kanak- kanak : 70% - 80%
                     2. Jantina : lelaki lebih banyak dari perempuan
                     3. Amaun lemak : tisu lemak banyak --> kandungan cecair sedikit

    FUNGSI CECAIR BADAN 
    • Media untuk penghadaman makanan ( food digestion ) dan reaksi metabolik dalam sel
    • Pengangkutan ( transportation ) nutrient ke sel-sel dan membuang bahan kumuh di dalam badan
    • Bahan pelincir badan ( lubricant )
    • Membantu mengawal suhu badan melalui  evaporasi dan perpeluhan
    • Penahan / penghalang atau pemulihan renjatan ( shock
    Komposisi Cecair Badan
    • Gas oksigen
    • Nutrient
    • Bahan kumuh : CO2, urea
    • Mineral : sodium, potassium, kalsium
    • Charged particles iaitu ions, e.g Na+, Cl-
    Pengagihan Cecair Badan ( body fluid distribution )
    1. Cecair Intraselular ( Intracelullar fluid / ICF )
    • Cecair yang ada dalam sel badan
    • 30 - 40% berat badan atau 2/3 dari total cecair badan
    • Penting untuk fungsi sel
    • Mengandungi bahan boleh larut ( solute ) seperti : CO2, glukos dan elektrolit
    • Media metabolisme sel
    • Elektrolit yang banyak di ICF : potassium, magnesium, phosphorus
        2.   Cecair ekstraselular ( extracellular fluid / ECF )
    • Cecair luar sel
    • 22% berat badan atau 1/3 dari total cecair badan
    • Sebagai sistem pengangkutan nutrient ke sel dan bahan kumuhan dari sel                                        eg : plasma --> plasma mengangkut O2 dari paru-paru
    • Elektrolit yang banyak terdapat di ECF : sodium, chloride, bicarbonat
    ECF terbahagi kepada 3 kompartmen :
    a ) Cecair intravascular
    • dalam salur darah ( cth, plasma )
    • 20% ECF (1/5)
    • penting untuk fungsi sel normal
    • sebagai media untuk proses metabolik sel
    b) Cecair interstitial
    • berada di sekeliling sel
    • 75% ECF (4/5)
    • Mengangkut bahan kumuh dari sel ke dalam plasma darah melalui kapilari
    c) cecair transcelular
    • di kompartmen lain ( kaviti pleural, cecair cerebrospinal, cecair gastro usus, perikardial, sinovial)
    • 2% berat badan
    MEKANISME PERGERAKAN CECAIR DAN ELEKTROLIT

    Kompartmen cecair badan dipisahkan oleh suatu membran sel dan membran kapiler.Jika membran permeable (telap) secara sempurna ia disebut selective permeable ke atas bahan yang melintasinya.

    Jenis-jenis Mekanisma Pergerakan Cecair Badan dan elektrolit

          1.Transport Pasif
     Mekanisma pergerakan molekul dan ion   yang  menggunakan tenaga kinetik ( pergerakan ) unik melalui
     sel-sel membran.
    
    mekanisma pasif:
    • Osmosis
    • Diffusion/resapan
    • Filtrasi/penurasan atau penapisan
    a) Osmosis
    • Pergerakan molekul air melintasi membran sel dari larutan konsentrasi rendah ke larutan konsentrasi lebih tinggi sebagai usaha untuk mencapai keseimbangan.
    b) Diffusion
    • Pergerakan rawak molekul atau ion dalam cecair, gas atau pepejal melalui suatu membran nipis atau liang-liang halus membran kapilari.Molekul bergerak dari kawasan konsentrasi tinggi ke kawasan konsentrasi rendah.
    c) Filtration
    • Proses cecair dan solute bergerak bersama melintasi suatu membran dari satu kompartmen ke kompartmen lain kemudian mengalami penapisan atau penurasan untuk memisahkan bahan-bahan pejal.Pergerakan tersebut berlaku dari kawasan bertekanan lebih tinggi ke tekanan lebih rendah.
          2.Active Transport
    Pergerakan molekul dan ion melalui membran sel dari larutan berkepekatan lebih rendah ke larutan berkepekatan lebih tinggi dengan menggunakan tenaga adenosine triphosphate (ATP) dan bantuan enzim.Menggerakkan bahan samada keluar atau masuk ke sel.

    KESEIMBANGAN CECAIR DI DALAM BADAN

    Definisi
    Cecair badan berada dalam bahagian dan konsentasi yang normal dan berada di dalam ruang tertentu.Badan mengekalkan keseimbangan cecair melalui sistem pengaturan hormonal dan organ.

    Sumber dan purata amaun pengambilan cecair harian untuk dewasa :
    • Minum --> 1200 - 1500 mls
    • Air dalam makanan --> 1000 mls
    • Proses metabolisme --> 200 - 400 mls
    • Total --> 2400 - 2700 mls/hari
    • Primary regulator : thirst mechanism (mekanisma dahaga)
    Thirst Mechanism

    Thirst center : hypotalamus otak
    1. Stimulasi : peningkatan tekanan osmotik cecair badan, penurunan vascular volume,penghasilan angiotensin.Ia akan merangsang pusat dahaga di hypotalamus dan akan timbul rasa dahaga dan keinginan untuk minum bagi menggantikan cecair yang hilang.
    2. Rangsangan mekanisma dahaga aktif        
              -kelebihan osmolality di luar sel
              -hipotensi
              -poliuria
              -kekurangan cecair badan
    3.Rasa dahaga berkurangan :
              -pesakit yang tua atau terlalu letih
              -pesakit oedematous
              -pesakit koma atau keliru

    Cara-cara dan purata pengaluaran cecair harian untuk dewasa
    • Air kencing --> 1400-1500 mls/hari (30-50 mls/jam)
    • Insensible losses :  
              -Paru-paru (penghembusan udara) --> 350-400 mls/hari
              -Kulit --> 350-400 mls/hari
              -Peluh --> 100 mls/hari   
              -Feses --> 100-200 mls/hari       
    Total : 2300 - 2600 mls/hari

    Keseimbangan cecair badan dikawal oleh
    1.Sistem endokrina (hormon)
       a) Anti Diuretic Hormon (ADH)
    • Dihasilkan oleh hipotalamus
    • Hipotalamus mengatur sekresi ADH --> sel osmoreseptor
    • ADH akan dirembeskan pada keadaan hiperosmolality seperti kesakitan,suhu badan meningkat,stress,kekurangan cecair diluar sel dan ubat-ubatan.

    
       b) Aldosteron
    • Aldosteron dihasilkan oleh kortex adrenal dan menggalakkan penyerapan sodium dan penyingkiran potassium
    2.Renal
       Peranan ginjal dalam mengekalkan keseimbangan cecair badan :
    • mengekalkan isipadu dan osmolality ECF dengan mengatur ekskresi air dan elektrolit
    • mengatur reabsorption air dari plasma filtrate dan amaun eksresi urine
    • berperanan dalam menyeimbangkan elektrolit dan pengaturan asid dan bes dengan cara mengeluarkan ion hydrogen dan menahan ion bicarbonate
    • mengekalkan isipadu cecair melalui sistem renin-angiotensin
    3.Sistem limfatik
    • Sistem ini berperanan penting dalam mengembalikan cecair yang berlebihan dan protein dari ruang interstitial ke dalam peredaran darah.
    4.Sistem gastrointestinal
    • Trek gastrousus membolehkan kebanyakkan intake cecair melalui oral
    • Cecair disingkirkan kebanyakkan dari renal dan sedikit oleh trek gastrousus dalam najis,makanan,air dalam makanan pejal
    Faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan cecair badan

    1.Umur
    • Kandungan cecair badan manusia berbeza mengikut umur
    • Umur meningkat akan mengurangkan pengambilan cecair
    2.Cuaca
    • Apabila cuaca panas dan kering,peluh yang keluar jika tidak digantikan dengan pengambilan air akan menurangkan cardiac output.
    3.Tekanan/Stress
    • Stress akan merangsang kelenjar pituitari.Ia akn menggalakkan rembesan hormon ADH yang menyebabkan retensi sodium dan air dan meningkatkan tekanan darah.
    4.Pemakanan
    • Kebuluran dan kelaparan boleh menjadi punca protein dalam ruang intravaskular berkurang dan tekanan osmotik juga berkurang.
    5.Penyakit
    • Mual dan muntah
    • Cirit birit
    • Demam
    • Luka dan kebakaran
    6.Ubatan
    • Lasix-agen diuretik
    • Steroid/hormon adrenokortikal(aldosteron)-edema
    7.Sedutan gastrik berterusan(gastric suction)
    • Kehilangan asid hidrochloric
    8.Irigasi dengan cecair hipotonik
    • Penggunaan air suling --> air akan meresap ke interstitial (tisu) dan menyebabkan pencairan cecair dan elektrolit badan.

    BY : NORIAH BAKRI (001432)






     TERAPI INTRAVENA

    DEFINISI
    • Terapi intravena merupakan suatu cara berkesan dan sempurna untuk membekalkan cecair dan elektrolit secara langsung ke dalam ruang EC terutama melalui vena
    TUJUAN
    • kembalikan imbangan cecair dan elektrolit pada pesakit
    • cegah ketidakseimbangan cecair dan elektrolit pada pesakit
    • kekalkan imbangan cecair dan elektrolit bagi pesakit yg tidak boleh makan dan minum
    • bekalkan glukos
    • bekalkan makanan Total Parenteral Nutrition (TPN)
    • bekalkan vitamin yg larut dalam air
    • beri ubat IV
    PRINSIP PEMBERIAN TERAPI INTRAVENA
    • Semasa lakukan prosedur terapi intravena,jururawat perlu mengikut teknik universal precaution
    • Semua darah dan cecair badan hendaklah dianggap sbg bahan berpotensi untuk infeksi
    • Gloves hendaklah dipakai apabila melakukan sebarang prosedur dlm terapi intravena
    LOKASI PEMASANGAN INTRAVENA INFUSION
      • DEWASA-Lengan:- Vena basalic dan vena medial cubital 
      •                 -Tangan:- dorsal metacarpal,basilik dan cephalic vein
      •              -Kaki:- saphenous vein,dorsal plexus,dorsal arch
      • BAYI- vena scalp dan dorsal
    CARA PEMILIHAN VENA YANG SESUAI
    • mulakan dgn vena distal
    • jika boleh pada tangan yang tidak dominan
    • pilih vena yg senang dipalpasi dan jelas kelihatan
    • vena dikaki hanya jika tiada vena di tangan sudah thrombus
    TANGGUNGJAWAB JURURAWAT
    1.Dalam persediaan infusi intravena
    • kenalpasti diagnosis/penyakit
    • pastikan arahan doktor
    • kenalpasti tujuan infusi intravena
    • pehatikan sebarang komplikasi
    • pastikan laluan cecair tiada pencemaran.tidak bocor,tidak expire
    2.Tanggugjawab semasa pemberian
    • pastikan jumlah dan kadar terapi intravena adalah betul
    • tukar botol infusi yg baru sebelum menjadi kosong
    • pastikan tubing tidak tertekan
    • tukar tubing jika perlu/mengikut protokol hospital
    • tubing tiada gelombang udara
    • tukar dressing secara aseptik setiap 48 jam sekali/mengikut protokol hospital
    3.Lakukan pemerhatian atas bahagian suntikan
    • jarum masih dalam vena
    • tiada bengkak,merah,kesakitan
    • tiada phlebitis
    • keluar cecair pada bahagian suntikan
    FAKTOR YANG PENGARUHI PEMBERIAN INFUSI
    1.KETINGGIAN BOTOL
    • 3 kaki dari loikasi jarum
    • jika terlalu tinggi akan bebankan jantung dan jika terlalu rendah aliran akan jadi lambat
    2.PANJANG TIUB
    • saiz dan diameter tiub-saiz lumen besar cepatkan titisan
    • toniciti cecair-airan isotonic lebih mudah masuk berbanding airan hipertonik
    3.LOKASI BRANULA
    • jika pasang di bahagian siku,pergelangan tangan akan ganggu gan sekat infusi
    4.GANGGUAN FLOW
    • jangan pasang B/P kuff di bahagian lengan kerana menggangu infusi
    5.PATENSI BRANULA DAN TIUB
    • jika tiub tersumbat dgn darah beku/berpintal atau berubah posisi akan menganggu infusi atau aliran menjadi perlahan
    6.KEPERLUAN PESAKIT
    a.Hadkan isipadu cecair
    b.pemberian segera

    KOMPLIKASI TERAPI IV
    1.Phlebitis:inflamasi pada vena
       Thrombophlebitis:jika ada bekuan darah menyertai inflamasi
    2.Infiltration:cecair masuk ke dalam tisu subcutaneous
    3.Air embolism:udara masuk ke sistem sirkulatori
    4.Infeksi
    5.Fluid overload:kelebihan cecair kerana kadar titisan terlalu laju dan risiko pada pesakit dgn gangguan jantung atau renal

    SEBAB-SEBAB KEGAGALAN IV
    • jarum mugkain tersekat di tepi pembuluh dan ganggu pengaliran
    • jarum tersumbat oleh beku darah
    • botol dgn tubing adalah terlalu rendah
    • liang jarum terlalu kecil
    LANGKAH PENCEGAHAN
    • pastikan titisan tidak terlalu perlahan
    • tukar infusi sebelum solusi kering
    • posisi tangan lurus 
    • tubing jgn terlipat
    PENGIRAAN TERAPI INTRAVENA
    •  Kadai titisan/minit = bilangan isipadu cecair diarahkan x faktor titisan
    •                                                     waktu dalam minit
                                                              
               Faktor titisan ialah bilangan titisan yang menghantar sebanyak 1 mL cecair IV 
                  Untuk macrodrip set = 20 titisan/mL
                            microdrip set =60 titisan/mL


    DONE BY:AZLIZA SUZANA(001420)