twitter
rss

KETIDAKSEIMBANGAN CECAIR DAN ELEKTROLITK

Ketidakseimbangan cecair 
A.Edema
B.Dehidrasi

A.Edema
DEFINISI
  • pengumplan cecair abnormal di ruang interstitial atau di dalam kavtit badan.
  • dikenali juga sebagai fluid volume excess .
JENIS EDEMA

A. Local/tempatan
myxedema
  • periorbital edema/eye puffiness
  • pulmonary edema
  • serebral edema
  • myxedema
  • lymphedema
  • ascites


periorbital edema
lymphedema



B.Generalized (keseluruhan badan)

  • Dependent Edema ---> terdapat di anggota badan yang paling rendah disebabkan tarikan graviti.
Pitting Edema
  • Pitting Edema --->berlekuk apabila ditekan.
  • Non pitting edema ---> eg. lymphedema









ETIOLOGI
a. ketelapan (permeability)membran kapilari bertambah, akibat :
  • kecederaan
  • kebakaran 
  • inflamasi
  • jangkitan
  • alahan
b .tekanan hidrostatik meningkat ---> tinggi pergerakan cecair intravaskular (kapilari ke dalam ruang interstitial)
c. sekatan di sistem limfatik : kanser
d. sekatan pada vena
e. kekurangan protein ---> tekanan koloid dalam darah  rendah

TANDA DAN GEJALA
  • berat badan meningkat cepat
  • pengeluaran urin turun
  • vena di leher (jugular vein) menjadi bengkak
  • lemah, tindak balas lambat atau tiada respon
  • aneroksia (kurang selera makan)
  • takhikardia
  • takipnea
  • dispnea
  • orthopnea
- Pesakit yang berisiko edema
  • penyakit renal
  • penyakit jantung
  • kebuluran
  • pesakit dengan terapi IV terkawal 
  • pesakit tua
- Pengenalan diagnostik :
  • BUSE (Blood Urea Serum Elektrolit)
  • Heamodilution : pencairan darah
RAWATAN
  •   Ubatan
- Diuretics eg. Furosemide
- ACE inhibitors eg. Captopril, Enalapril
- Angiotensin  receptor blocker eg.Losarton
  • Heamodialysis (pada penyakit kegagalan ginjal)
DIAGNOSA DAN INTERVENSI  KEJURURAWATAN

  1. Potensi isipadu ceceair badan lebih keperluan badan dari keperluan badan
Tindakan :
  • cegah dan kenalpasti pesakit yang berisiko
  • kawal kadar infusi intravenasepeti arahan 
  • hadkan cecair bagi pesakit yang berisiko 
  • rekod I/O dengan tepat
  • beri makanan rendah sodium
  • gunakan larutan 0.9% saline untuk infusi intravena
  • ases kefahaman pesakit tentang diet yang dihadkan dan rutin ubat-ubatan
  • berikan nasihat kesihatan tentang tanda gejala isipadu cecair yang berlebih
  • monitor berat badan pesakit dan timbang berat badan setiap hari
      2. Risiko/potensi kudis tekanan

Tindakan:
  • tukar baringan pesakit kerap kali
  • periksa bahagian-bahagian yang berisiko
  • ampu bahagian sendi dan tulang yang prominen dengan belon air
  • elak geseran apabila mengangkat atau memusingkan pesakit
  • lakukan rawatan massage dengan lotion
 
 B. Dehidrasi
DEFINISI
  • dikenali sebagai Fluid Volume Deficit/Negative Fluid Balance 
  • imbangan cecair yang negatif --->kehilangan cecair yang berlebihan
  • kekurangan jumlah isipadu cecair badan yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi nornal
 ETIOLOGI
  1. kehilangan cecair yang jelas (muntah, diarhea, kebakaran)
  2. ubat-ubatan : diuretic, laxative
  3. kekurangan pengambilan makan atau minum kerana tidak upaya ,sakit tekak, sakit tekak, ketumbuhan mulut, malnutrition, kurang pngetahuan jumlah isipadu cecair yang diperlukan 
  4. kegagalan mekanisme kawalan air
  5. keperluan yang berlebihan
  6. terdedah lama pada udara kering

    0 comments:

    Post a Comment