twitter
rss





HOMEOSTASIS                                                                                

Keadaan equilibrium environment dalaman badan yang dikekalkan secara semulajadi oleh respon penyesuaian untuk terus hidup dengan sihat.

CECAIR DALAM BADAN
  • Sebahagian tubuh manusia terdiri daripada cecair.            
  • kandungan cecair : 45 % hingga 80% berat badan.
  • jumlah air dalam badan bergantung kepada :
                 1. Umur :
                              - dewasa           : 60%         
                              - dewasa tua     : 45% - 55%
                              - kanak- kanak : 70% - 80%
                 2. Jantina : lelaki lebih banyak dari perempuan
                 3. Amaun lemak : tisu lemak banyak --> kandungan cecair sedikit

FUNGSI CECAIR BADAN 
  • Media untuk penghadaman makanan ( food digestion ) dan reaksi metabolik dalam sel
  • Pengangkutan ( transportation ) nutrient ke sel-sel dan membuang bahan kumuh di dalam badan
  • Bahan pelincir badan ( lubricant )
  • Membantu mengawal suhu badan melalui  evaporasi dan perpeluhan
  • Penahan / penghalang atau pemulihan renjatan ( shock
Komposisi Cecair Badan
  • Gas oksigen
  • Nutrient
  • Bahan kumuh : CO2, urea
  • Mineral : sodium, potassium, kalsium
  • Charged particles iaitu ions, e.g Na+, Cl-
Pengagihan Cecair Badan ( body fluid distribution )
  1. Cecair Intraselular ( Intracelullar fluid / ICF )
  • Cecair yang ada dalam sel badan
  • 30 - 40% berat badan atau 2/3 dari total cecair badan
  • Penting untuk fungsi sel
  • Mengandungi bahan boleh larut ( solute ) seperti : CO2, glukos dan elektrolit
  • Media metabolisme sel
  • Elektrolit yang banyak di ICF : potassium, magnesium, phosphorus
    2.   Cecair ekstraselular ( extracellular fluid / ECF )
  • Cecair luar sel
  • 22% berat badan atau 1/3 dari total cecair badan
  • Sebagai sistem pengangkutan nutrient ke sel dan bahan kumuhan dari sel                                        eg : plasma --> plasma mengangkut O2 dari paru-paru
  • Elektrolit yang banyak terdapat di ECF : sodium, chloride, bicarbonat
ECF terbahagi kepada 3 kompartmen :
a ) Cecair intravascular
  • dalam salur darah ( cth, plasma )
  • 20% ECF (1/5)
  • penting untuk fungsi sel normal
  • sebagai media untuk proses metabolik sel
b) Cecair interstitial
  • berada di sekeliling sel
  • 75% ECF (4/5)
  • Mengangkut bahan kumuh dari sel ke dalam plasma darah melalui kapilari
c) cecair transcelular
  • di kompartmen lain ( kaviti pleural, cecair cerebrospinal, cecair gastro usus, perikardial, sinovial)
  • 2% berat badan
MEKANISME PERGERAKAN CECAIR DAN ELEKTROLIT

Kompartmen cecair badan dipisahkan oleh suatu membran sel dan membran kapiler.Jika membran permeable (telap) secara sempurna ia disebut selective permeable ke atas bahan yang melintasinya.

Jenis-jenis Mekanisma Pergerakan Cecair Badan dan elektrolit

      1.Transport Pasif
 Mekanisma pergerakan molekul dan ion   yang  menggunakan tenaga kinetik ( pergerakan ) unik melalui
 sel-sel membran.

mekanisma pasif:
  • Osmosis
  • Diffusion/resapan
  • Filtrasi/penurasan atau penapisan
a) Osmosis
  • Pergerakan molekul air melintasi membran sel dari larutan konsentrasi rendah ke larutan konsentrasi lebih tinggi sebagai usaha untuk mencapai keseimbangan.
b) Diffusion
  • Pergerakan rawak molekul atau ion dalam cecair, gas atau pepejal melalui suatu membran nipis atau liang-liang halus membran kapilari.Molekul bergerak dari kawasan konsentrasi tinggi ke kawasan konsentrasi rendah.
c) Filtration
  • Proses cecair dan solute bergerak bersama melintasi suatu membran dari satu kompartmen ke kompartmen lain kemudian mengalami penapisan atau penurasan untuk memisahkan bahan-bahan pejal.Pergerakan tersebut berlaku dari kawasan bertekanan lebih tinggi ke tekanan lebih rendah.
      2.Active Transport
Pergerakan molekul dan ion melalui membran sel dari larutan berkepekatan lebih rendah ke larutan berkepekatan lebih tinggi dengan menggunakan tenaga adenosine triphosphate (ATP) dan bantuan enzim.Menggerakkan bahan samada keluar atau masuk ke sel.

KESEIMBANGAN CECAIR DI DALAM BADAN

Definisi
Cecair badan berada dalam bahagian dan konsentasi yang normal dan berada di dalam ruang tertentu.Badan mengekalkan keseimbangan cecair melalui sistem pengaturan hormonal dan organ.

Sumber dan purata amaun pengambilan cecair harian untuk dewasa :
  • Minum --> 1200 - 1500 mls
  • Air dalam makanan --> 1000 mls
  • Proses metabolisme --> 200 - 400 mls
  • Total --> 2400 - 2700 mls/hari
  • Primary regulator : thirst mechanism (mekanisma dahaga)
Thirst Mechanism

Thirst center : hypotalamus otak
1. Stimulasi : peningkatan tekanan osmotik cecair badan, penurunan vascular volume,penghasilan angiotensin.Ia akan merangsang pusat dahaga di hypotalamus dan akan timbul rasa dahaga dan keinginan untuk minum bagi menggantikan cecair yang hilang.
2. Rangsangan mekanisma dahaga aktif        
          -kelebihan osmolality di luar sel
          -hipotensi
          -poliuria
          -kekurangan cecair badan
3.Rasa dahaga berkurangan :
          -pesakit yang tua atau terlalu letih
          -pesakit oedematous
          -pesakit koma atau keliru

Cara-cara dan purata pengaluaran cecair harian untuk dewasa
  • Air kencing --> 1400-1500 mls/hari (30-50 mls/jam)
  • Insensible losses :  
          -Paru-paru (penghembusan udara) --> 350-400 mls/hari
          -Kulit --> 350-400 mls/hari
          -Peluh --> 100 mls/hari   
          -Feses --> 100-200 mls/hari       
Total : 2300 - 2600 mls/hari

Keseimbangan cecair badan dikawal oleh
1.Sistem endokrina (hormon)
   a) Anti Diuretic Hormon (ADH)
  • Dihasilkan oleh hipotalamus
  • Hipotalamus mengatur sekresi ADH --> sel osmoreseptor
  • ADH akan dirembeskan pada keadaan hiperosmolality seperti kesakitan,suhu badan meningkat,stress,kekurangan cecair diluar sel dan ubat-ubatan.


   b) Aldosteron
  • Aldosteron dihasilkan oleh kortex adrenal dan menggalakkan penyerapan sodium dan penyingkiran potassium
2.Renal
   Peranan ginjal dalam mengekalkan keseimbangan cecair badan :
  • mengekalkan isipadu dan osmolality ECF dengan mengatur ekskresi air dan elektrolit
  • mengatur reabsorption air dari plasma filtrate dan amaun eksresi urine
  • berperanan dalam menyeimbangkan elektrolit dan pengaturan asid dan bes dengan cara mengeluarkan ion hydrogen dan menahan ion bicarbonate
  • mengekalkan isipadu cecair melalui sistem renin-angiotensin
3.Sistem limfatik
  • Sistem ini berperanan penting dalam mengembalikan cecair yang berlebihan dan protein dari ruang interstitial ke dalam peredaran darah.
4.Sistem gastrointestinal
  • Trek gastrousus membolehkan kebanyakkan intake cecair melalui oral
  • Cecair disingkirkan kebanyakkan dari renal dan sedikit oleh trek gastrousus dalam najis,makanan,air dalam makanan pejal
Faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan cecair badan

1.Umur
  • Kandungan cecair badan manusia berbeza mengikut umur
  • Umur meningkat akan mengurangkan pengambilan cecair
2.Cuaca
  • Apabila cuaca panas dan kering,peluh yang keluar jika tidak digantikan dengan pengambilan air akan menurangkan cardiac output.
3.Tekanan/Stress
  • Stress akan merangsang kelenjar pituitari.Ia akn menggalakkan rembesan hormon ADH yang menyebabkan retensi sodium dan air dan meningkatkan tekanan darah.
4.Pemakanan
  • Kebuluran dan kelaparan boleh menjadi punca protein dalam ruang intravaskular berkurang dan tekanan osmotik juga berkurang.
5.Penyakit
  • Mual dan muntah
  • Cirit birit
  • Demam
  • Luka dan kebakaran
6.Ubatan
  • Lasix-agen diuretik
  • Steroid/hormon adrenokortikal(aldosteron)-edema
7.Sedutan gastrik berterusan(gastric suction)
  • Kehilangan asid hidrochloric
8.Irigasi dengan cecair hipotonik
  • Penggunaan air suling --> air akan meresap ke interstitial (tisu) dan menyebabkan pencairan cecair dan elektrolit badan.

BY : NORIAH BAKRI (001432)






0 comments:

Post a Comment