twitter
rss

Definisi


  • Bermula daripada selepas pembedahan, kemasukkan pesakit ke bilik pemulihan sehingga discaj dari hospital.
Fasa Post Operative Terbahagi dalam 2 peringkat
  1. Immediate postanaethetic phase ( jagaan segera selepas anestesi )
  • bermula dari pesakit diterima dibilik pemulihan (recovery room) sehingga pulih dari anestesi dan dibenarkan dihantar ke wad.
  • bilik pemulihan terletak berhampiran dewan pembedahan.

    2. Ongoing postoperative care ( jagaan postoperative selanjutnya )
  • dilakukan di wad.


JAGAAN POSTOPERATIVE


Tujuan
  1. menilai keadaan pesakit tentang fungsi kardiovaskular dan pernafasan
  2. mengekalkan salur pernafasan yang paten
  3. memastikan sirkulasi darah mencukupi
  4. menganalpasti komplikasi atau ketidakselesaan untuk melakukan rawatan segera
  5. mencegah kecederaan


Persediaan untuk menerima pesakit
  1. Persediaan untuk menerima pesakit selepas pembedahan
  • katil pembedahan (post-op bed)
  • emergency tray / troli dengan kelengkapan


A. Penjagaan segera post operative




1.  Posisi
  • lateral - supine dengan kepala diiringi ke sisi untuk elak lidah jatuh kebelakang dan elak aspirasi muntah
2.  Pemerhatian : setiap jam selama 6 jam dan beransur dipanjangkan masa
  • keadaan am : tekanan darah, suhu nadi, pernafasan, warna kulit, paras kesedaran, orientasi
  • luka pembedahan : samada berdarah , tiub jika ada samada berfungsi atau terlipat
3.  Imbangan cecair dan elektrolit
  • pesakit masih terus dipuasakan sekurang-kurangnya 6jam atau seperti diarahkan
  • periksa infusi intravena mengalir dengan baik
  • rekod i/o
  • jika ada kateter urinari disambungkan ke CBD
3.  Kekalkan saluran pernafasan yang paten
  • perhati watak pernafasan
  • posisi - lateral atau semi-prone (jika bukan kontra indikasi)
  • sedutan jika sekresi berlebihan
  • terapi oksigen jika perlu - melalui nasal atau mask
4.  Kekalkan sirkulasi yang sempurna
  • kekalkan gantian cecair intravena seperti yang diarahkan
  • transfusi darah jika diarahkan
  • pemerhatian rapi untuk mengesan perdarahan (hemorrhage)
5.  Elak kecederaan
  • rawat di cot bed
  • temani pesakit sehingga sedar
  • lakukan pemerhatian kerap
  • rawat pesakit dengan hati-hati


Keadaan yang membolehkan pesakit post operative dipindahkan ke wad
  • sedar diri dan orientasi
  • berkeupayaan mengekalkan salur udara paten, pernafasan yang dalam dan batuk dengan senang
  • tanda-tanda vital stabil dan kekal sekurang-kurangnya 30minit
  • ada tindak balas reflek ( gag,menelan)
  • air kencing seimbang antara masuk dan keluar ( sekurang-kurangnya 30ml/jam)
  • dressing tiada penyaliran darah dari luka


B. Jagaan selanjutnya post-operative (subsequent care)


Tujuan
  •  untuk menggalak penyembuhan
  • untuk mengelak komplikasi
Implementasi


1.  Pengurusan sakit (pain management)
  • kesakitan memuncak pada 12 hingga 36 jam selepas pembedahan. berkurangan pada hari 2 hingga 3 post-op
  • peringkat awal pesakit diberi patent-controlled analgesia (PCA) atau continuous atau diberi setiap 2 hingga 6jam selama 36jam
  • ubat dikurangkan secara beransur dan kemudian diganti dengan anti-inflamatori atau analgesic lain
  • tanggungjawab JR : menilai kesan ubat , melakukan tindakan nin-farmakologi iaitu demahan suam,backdrup,posisi dan lainnya
2.  Posisi
  • spinal anaesthesia -lie flat 8 hingga 12 jam
  • general anestesi
  • setelah sedar : semi fowler
3.  Senaman
  • deep breathing and counghing exercise
  • senaman kaki
4.  Pengerakan dan ambulasi
  • tujuan : mengelakkan masalah respiratori, sirkulatori, urinari, GIT dan kelemahan otot
  • elak letak bantal dibawah lutut kerana menghalang aliran darah ke dari anggota bawah
5. Hidrasi
  • tujuan : mengganti cecair yang hilang semasa pembedahan, mengekalkan fungsi renal dan kardiovaskular, mencairkan mukus
  • kekalkan IV infusi seperti yang diarahkan
6.  Diet
  • kekalkan berpuasa (NBM) sehingga arahan doktor
  • jenis diet bergantung kepada jenis pembedahan
7. Eliminasi Urine
  • bantu dan galak pesakit kencing
  • ases bladder distension
8.  Suction (sedutan)
  • perlu disambungkan kepada tiub saluran, samada continuous atau intermitten
  • pemerhatian samada tersekat atau berfungsi
9.  Penjagaan luka
  • perhatikan luka pembedahan untuk memastikan luka bersih, kering, tidak ada tanda perdarahan
  • lakukan dressing dengan teknik asepsis apabila diarahkan
  • buka jahitan atau klip pada tarikh yang ditetapkan
10.  Pendidikan Kesihatan
  • diet : makanan seimbang
  • kebersihan diri : untuk elak jangkitan
  • penjagaan luka : jaga luka tetap bersih untuk galak penyembuhan dan tiada komplikasi
  • ubatan : ambil ubat seperti yang diarahkan doktor
  • rawatan susulan : untuk pemeriksaab luka atau buka jahitan
  • aktiviti : elak aktiviti berat, lakukan harian secara beransur sesuia kemampuan


KOMPLIKASI POST OPERATIVE


1.  Renjatan
  • kegagalan sirkulasi menyebabkab kekurangan perfusi
  • sebab : sebarang keadaan yang boleh menurunkan tekanan darah
  • jenis renjatan : hipovolemia, hemorrarghia, neurogenik, cardiogenik
  • manifestasi klinikal renjatan : gangguan aras kesedaran , kulit sejuk dan pucat, kardiovaskular, respiratori, suhu badan, keluaran urine, dahaga/haus
  • rawatan renjatan : hentikan sebarang perdarahan, kekelkan saluran pernafasan, baringkan pesakit dalam keadaan "flat"
2.  Perdarahan (hemorrhage)
  • penutupan vascular tidak berkesan
  • perubahan dalam koagulasi
  • pendarahan primer : 24 jam selepas pembedahan
3.  Paralytic ileus
  • kelumpuhan usus, tiada pergerakkan peristalsis berkaitan dengan : immobility ( pesakit tidak bergerak ), ubatan kesakitan, anaesthesis
  • rawatan : ases distensi abdomen
  • teruskan berpuasa  sehingga peristalsis kembali
4.  Infeksi
  • berkaitan dengan : insisi surgical, kurang nutrisi dan cecair, kehadiran pathogen
  • rawatan : pemerhatian berlaku jangkitan, strict antiseptic technique, antibiotic
5. Kelegaan salur pernafasan tidak efektif
  • berkaitan dengan : sekresi pekat, tidak berupaya mengeluarkan
  • manifestasi klinikal : pernafasan berbunyi, pernafasan cetek, batuk tiada kahak, oksigen saturasi rendah
  • rawatan : galakkan senaman pernafasan dan batuk mendalam, beri minuman 2500 ml tiap hari cecair kecuali ada kontraindikasi lakukan sedutan jika perlu
6.  Thromboembolism
  • keadaan bekuan darah ( thrombus ) yang berbentuk pada sesuatu tempat dalam salur darah
  • manifestasi klinikal : merah dibahagian terlibat, bengkak / edema dibahagian terlibat, sakit, gangguan fungsi
  • rawatan : ases tanda dan simtom
  • pemberian anticoagulan (heparin)
  • elak tekanan dibawah lutut untuk elak sekatan vena
7.  Retensi Urine
  • kegagalan mengosongkan pundi kencing sementara mungkin berlaku disebabkan kesan anestesi
  • manifestasi klinikal : keluar kencing sedikit-sedikit, resah gelisah, mengadu sakit dan tekanan kawasan pelvis
  • rawatan : demahan beg air panas, buka paip - pesakit dengarkan bunyi air, siram air suam ke vulva - perempuan, bantu berdiri - laki-laki


Wan Jofarnorsheila Binti Megat Johari
001461

0 comments:

Post a Comment