twitter
rss

DEFINISI:
  • bahan-bahan yang terkandung dalam cecair ekstrasel dan intrasel mempunyai kuasa elektrik untuk memecah didalam air kepada ions bercas positif dan negatif.
Ions bercaj positif dikenali CATIONS:
  • Na+ (sodium/natrium)
  • K+ (potassium/kalium)
  • Ca++ (calcium)
  • Mg++(magnesium)
Ions bercaj negatif dikenali ANIONS:
  • CI-(chloride)
  • PO4-(phospate)
  • HCO3-(bicarbonate)
LOKASI ELEKTROLIT:
  1. Intrasel: Potassium,Magnesium,Phospate.
  2. Ekstrasel: Sodium.Calcium,Chloride,Bicarbonate.
FUNGSI ELEKTROLIT:
  1. Mengekalkan keseimbangan osmotik diantara cecair intrasel dan ekstrasel.
  2. Menentukan imbangan asid bes dalam badan.
  3. Mengatur kawal aktiviti neuromuskular dengan sempruna.
  4. Mengekalkan keadaan yang betul untuk reaksi kimia didalam badan.

FUNGSI SODIUM/NATRIUM:
  1. Kawal konsentrasi dan isipadu ECF.
  2. Kesan kepada pengagihan cecair antara ECF dan ICF.
  3. Konsentrasi normal Na+ intravaskular untuk mengelakkan retensi air dan kehilangan air berlebihan.
  4. Elektrokimia untuk kontraksi oto dan penyalur impulse saraf.
  5. Penting dalam atur kawal asid bes.

FUNGSI POTASSIUM:
  1. Memainkan peranan penting tekanan osmotik untuk mengekalkan kandungan cecair sel yang normal.
  2. Mempengaruhi imbangan asid be.
  3. Penting bagi semua tisu otot berfungsi normal,khasnya aktiviti otot kardiak.
  4. Diperlukan untuk menukar glukosa ke glikogen.


FUNGSI FOSFORUS:
  1. komponen penting dalam struktur gigi dan tulang.
  2. Metabolisma sel untuk penyerapan glukos dan gliserol dalam usus dan penghasilan enzim untuk proses oksidasi dan penghasilan tenaga.
  3. Menjaga imbangan asid bes.

FUNGSI KALSIUM:
  1. Penting dalam pembekuan darah.
  2. Membantu mengawal atau kontraksi dan relaksasi otot.
  3. Berperanan penting dalam transmisi impuls saraf.
  4. Mempengaruhi ketelapan sel.

DONE BY:
AZEYA

0 comments:

Post a Comment