twitter
rss

MENANGGAL BENANG BEDAH/SUTUR



SUTUR

DEFINISI
1.Bahan yang digunakan untuk menjahit.
2.Doktor mengunakan jarum surgikal untuk mencantumkan kulit,organ-organ dalaman,
  saluran darahdan semua tisu dalam badan yang telah luka melalui
  kecederaan ataupun pembedahan.

TUJUAN SUTUR

  • Menutup/mencantumkan luka
  • Membantu dalam proses penyembuhan luka
  • Mengekalkan/menetapkan kedudukan prosthesis
  • cth:tiub saluran/drain
KAEDAN ALTERNATIF PENUTUPAN LUKA
  • Staple
  • Tape(steri-strips)                                                                                                                           
SAIZ SUTUR

  • Dinyatakan dalam bentuk angka
  • Menggunakan angka 0(sifar)
  • Jumlah bilanagan sifar yang semakin banyak,bermaksud diameter sutur semakin berkurangan
CORAK SUTUR/JAHITAN
  • simple interrupted suture
  • continuous suture
  • blanket continuous suture
  • mattress suture
  • retention suture
SIMPLE INTERRUPTED SUTUR
  • setiap sutur disimpul secara berasingan di sepanjang luka
  • paling biasa digunakan oleh doktor ntuk menjahit luka pada kulit klien
CONTINUOUS SUTURE
  • sutur adalah dijahit secara berterusan di sepanjang luka klien
  • menggunakan satu sutur/benang untuk dijahit pada luka klien
BLANKET CONTINUOUS SUTURE
  • dua sutur dijahit selari di sepanjang luka
  • sesuai dijahit pada bahagian badan yang tegang
RETENTION SUTURE
  • sutur dijahit secara berasingan di sepanjang luka
  • tiub getah dimasukkan disetiap sutur
  • sesuai digunakan untuk mencantum luka pada bahagian abdomen klien yang gemuk
BILAKAH SUTUR DITANGGALKAN?
-Muka:3-5 hari selepas pembedahan
-Kepala:7-10 hari
-Kaki&Tangan:10-14 hari

PERALATAN YANG DIPERLUKAN
-Semburan antiseptik
-Gunting benang bedah steril
-Stitch cutter

PRINSIP MENANGGAL SUTUR
1.Mula dengan jahitan kedua
2.Menanggal sutur secara berselang-seli
3.Gunting bahagian sutur yang berdekatan dengan kulit
4.Pastikan sutur pada atas kulit tidak tertarik ke bawah luka klien
5.Tanggalkan sutur dengan menarik ke arah luka

KEMAHIRAN PENTING
1.Teknik mencuci luka jahitan
2.Teknik memegang gunting
3.Teknikn memegang tooth dissecting forceps
4.Teknik mengepit sutur
5.Teknik meletakkan gunting benang bedah
6.Teknik menanggal sutur
7.Teknik menyembur dengan semburan antiseptik   
8.Teknik merekod dalam laporan jururawat
                                                                          
TEKNIK MENCUCI LUKA JAHITAN
1.Cuci insisi luka dahulu
2.Cuci bahagian luka yang jauh
3.Cucu bahagian luka yang dekat

TEKNIK MEMEGANG GUNTING
**Pegang gunting dengan tangan dominan
  
TEKNIK MEMEGANAG TOOTH DISSECTING FORCEPS
**Pegang tooth dissecting forceps dengan tangan tidak dominan

TEKNIK MENGEPIT SUTUR
**Kepit simpulan sutur dengan tooth dissecting forceps
**Tarik sutur ke atas

TEKNIK MELETAKKAN GUNTING
**Letakkan gunting di bawah simpulan sutur
**Gunting sutur
**Memberi tekanan lembut pada luka

TEKNIK MENANGGAL SUTUR
**Tarik sutur menghala ke insisi luka
**Letakkan sutur yang ditanggal ke atas goz

TEKNIK MENYEMBUR ANTISEPTIK
**Pegang botol dgn tangan dominan
**Goncang botol semburan
**Buka penutup botol
**Letakkan jari telunjuk di atas pemicit semburan
**Tonggegkan botol semburan
**Sembur sedikit semburan di kawasan udara
**Halakan bukaan semburan 90' atas luka
**Sembur luka dari jarak 15-20cm dari luka
**Tambah semburan 2-3 kali mengikut saix luka klien

TEKNIK MEREKOD DALAM LAPORAN JURURAWAT
**Guna pen hitam
**Tarikh
**Masa
**Jenis jahitan
**Jumlah sutur yang di keluarkan
**Keadaan cantuman luka
**Keadaan klien


        



DONE BY:-AZLIZA SUZANA ISMAIL (001420)

0 comments:

Post a Comment